Senyum dan tak perlu kata apa-apa. ^________^
15 fakta menarik :
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu
senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan
mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari
dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi
banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut
'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman
memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus
(bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'.
Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding
43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut
mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan
kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan
diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam
tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah
daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak
ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun
ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah
diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti
Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress
yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi
tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah
digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita
lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian
dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati
peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus
semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan
Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem
pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah
kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan
sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia
badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang
mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia
membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang
badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen,
merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia
melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka
serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus,
sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada
juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa
minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam
ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi
penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang
dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan
hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA
KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret
tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu
jangan keterlaluan plak cukup sekadarnya sahaja ok.
[credit]
No comments:
Post a Comment