July 24, 2012

kelas seni ;p

Assalamualaikum w.b.t.

Lately, banyak pulak tugasan dan amali dalam kelas. Semuanya berkaitan dengan seni. Nothing much to say. I want to show you my artwork. ;p








Hehe. Mencapub. Arahannya : Anda diminta membina bahan 3 Dimensi (3D) berdasarkan subjek yang hendak diajarkan. For sure saya memilih Matematik. Tapi apa yang boleh dihasilkan dengan Matematik? Macam tak menarik je sebab semuanya berkaitan nombor.

Then, terpaksalah memerah idea untuk hasilkan sesuatu yang sesuai untuk kanak-kanak. Maka terhasillah stabail seperti ini :


Ini amali untuk kelas Teknologi Pendidikan ye. Pelik-pelik betul tugasannya. Dah macam kelas seni pulak rasanya. Adoi. Ok la, mahu masuk tidur. Nanti tak jaga sahur lak. Selamat malam semua. Jangan lupa niat puasa yep ;)

July 23, 2012

Berkongsi kan lebih nikmat :)


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selesai sudah hari ketiga berpuasa di bulan mulia ini. Lebih nikmat lagi dapat berbuka bersama-sama rakan sekelas usai penat bekerja. Hari ini, kami ditugaskan untuk menyediakan juadah berbuka untuk Balai Islam al-Muttaqin IPG KDRI. Menu yang menjadi pilihan kami untuk disajikan ialah Ayam Goreng Halia dan Tomyam Ayam. Sedap. Terima kasih buat semua atas kerja sama yang diberikan.  Alhamdulillah, lauk-pauk semua cukup untuk semua yang berbuka di balai.

Sudah menjadi adat di IPG kami membahagi-bahagikan tugas di bulan Ramadhan ni. Ada yang membeli bahan, ada yang memasak bubur lambuk, sediakan air, sediakan juadah berbuka, sediakan moreh lepas terawih dan tidak ketinggalan juga yang mengemas segala peralatan yang telah digunakan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. :)

Paling menarik sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke sini dulu ialah makanan ataupun juadah berbuka dan juga moreh akan dihidangkan di atas dulang. Nasi berserta lauk akan diletakkan bersama. Jadi, kami akan duduk mengelilingi dulang tersebut untuk makan. Setiap dulang akan dikongsikan bersama 4 hingga 7 orang. Kata orang, “Makanan tu, kalau berkongsi, akan lebih mengenyangkan.” Ternyata memang sangat mengenyangkan.

Lagi satu, di sini, kami akan menyediakan bubur lambuk secara gotong-royong pada setiap hari. Kelas yang bertugas akan bertanggungjawab menyediakan bubur lambuk untuk hari tersebut. Lebih kurang jam 6.30 petang, semua pelajar dijemput ke balai Islam untuk mengambil bubur lambuk yang disediakan. Biasanya disediakan dalam 1 kawah besar. Cukup untuk sama-sama nikmati sebagai juadah sampingan.

Sampai di sini sahaja untuk malam ni. Mahu sambung kerja. :)
Tak sabar untuk menjamah bubur lambuk pada esok hari. Asyik terlambat je tiap-tiap hari. Al-maklumlah, sedap sangat bubur tu sampai tak boleh nak senduk lagi dah.

Selamat bersahur dan berpuasa. :)



July 21, 2012

~ 1 Ramadhan tanpa dia ~

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah masih berkesempatan bertemu dengan awal Ramadhan. Syukur juga kerana berkesempatan berterawih bersama bonda tersayang di surau berdekatan. Setelah lebih sebulan tidak melihat wajahnya, kini alhamdulillah, terasa tenang hati dan jiwa dapat melihat, cium dan peluk tubuhnya seerat mungkin.

Namun begitu, Ramadhan kali ini tetap sangat berbeza. Berbeza dengan ketiadaan ayahanda tercinta. T_T Semoga roh arwah abah tenang di sana. InsyaAllah, mudah-mudahan. Jika hendak dikenang, sememangnya air mata ini tidak akan berhenti mengalir. Lebih baik merelakannya pergi dari melihatkan beliau terlantar sakit. Saya sangat rindukan abah. :(

Walau apapun, saya tetap bersyukur kerana masih memilik seorang ibu yang sangat tabah. InsyaAllah, teringin sekali menjadi setabah beliau. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi oleh-Nya. Amin.

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua.
Sama-samalah pertingkatkan iman kita.
Let's recharge our iman. :)


Ramadhan Daily Checklist :D