July 15, 2012

Bertunang tanpa sengaja?

Assalamualaikum w.b.t.

Berbalik pada tajuk, bertunang tanpa sengaja? Ada ke macam tu? Ok, meh saya ceritakan sedikit walaupun tak berapa tahu sangat. Hanya berdasarkan pembacaan. Jika sebelum ni kurang ilmu, alhamdulillah,  kini bertambah sedikit.



Tapi sebelum tu, jom kita tengok dengan lebih dalam maksud 
dan hukum bertunang itu sendiri.

"Khitbah" (Bahasa Arab) atau dalam Bahasa Melayu kita panggil bertunang. Selain itu, bertunang juga ditafsirkan sebagai menzahir atau mengiklankan kehendak dengan seorang wanita (Fatawa Muasoroh oleh Dr. Yusof Al Qardawi). Beliau juga mengatakan bertunang itu tidak meletakkan hak kepada tunang lelaki selain hanya untuk melamar (reserve or booking) sebelum pihak lelaki selain darinya tidak datang meminang wanita tersebut. sebenarnya muqaddimah atau permulaan kepada nikah atau berkahwin. Pelbagai terjemahan berkaitan bertunang. Bertunang diterjemahkan sebagai melamar atau meminta persetujuan pihak wanita untuk dijadikan isteri atau kemahuan seseorang untuk berkahwin.

Bagi hukum pula :

Kebanyakannya mengatakan harus
Tetapi mengikut Imam As-Shafie, hukumnya adalah sunat 
(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj). 
Dan mengikut Dr. Abd. Karim Zaidan pula, hukum sunat lebih aula (utama) 
daripada harus (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mara'ah).


[Majalah Al-Ustaz : volume 1]

Bagaimanakah yang dikatakan bertunang?

Apabila seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk meminang dan perempuan itu bersetuju maka dikira sebagai tunang dari sudut Islam meskipun tanpa pengetahuan ibu bapa. Dengan syarat perempuan tersebut hendaklah sudah baligh, cerdik dan pandai bawa diri. Tetapi sekiranya perempuan tersebut belum baligh atau gila, maka persetujuannya tidak sah dan perlu kepada persetujuan ibu bapa. Adapun kebiasaan masyarakat datang dengan rombongan itu hanyalah adat.

Hasrat mendirikan rumah tangga bukan perkara main-main. Apabila sudah bersetuju, maka dikira bertunang. Betulkah? Ini hal serius. Adakah antara kamu yang dah bertunang tanpa sedar? Berdebar jugak ni. Tiba-tiba dah jadi tunangan orang tanpa sedar kan. Sebab tu orang cakap hal nikah kahwin bukan sesuatu yang boleh dibuat main.

Ok2, mood serius. Bersediakah saya untuk melalui fasa permulaan ini? Kencang jugak degupan jantung ni. Kena tidur dulu. Tak dapat nak fikir lagi. Tiba-tiba diselubungi suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Tidak bersedia? Takut? Bimbang tersilap buat pilihan? Semua ada. Pintaku, andai dia jodohku, kumohon Engkau permudahkanlah segala-galanya. Amin.




July 14, 2012

aku tidak sempurna tapi...


Sungguh sukar mengejar untuk mengejar kesempurnaan, bukan?

Kadang- kadang saya mampu bercakap dengan kalimah yang tersusun elok dan idea menarik yang mencurah-curah. Kadang-kadang saya bertutur dengan sangat teruk, tergagap dan idea menjadi bercelaru.

Namun kelebihan dan kelemahan itu mengingatkan bahawa saya adalah seorang HAMBA. Hamba yang tidak punya apa-apa kecuali apa yang Allah berikan. Malah, degupan jantung dan hembusan nafas ini juga milik-Nya. Tidak sedetik pun mampu dikawal diri.

Apabila saya berfikir demikian, hati saya sangat lapang dan saya tidak perlu berpenat lelah lagi untuk menjadi manusia yang sangat sempurna, Alhamdulillah. Kerana tiada manusia yang sempurna apatah lagi “sangat” sempurna.

Sekarang saya hanya berusaha menjadi hamba Allah yang bersyukur. Itu lebih baik dari menjadi sempurna mengikut ukuran dan dambaan manusia.

Satu doa :
Allahummaj al’ni min i’badika syakuro

Yang bermaksud :
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku daripada kalangan hamba-hamba-Mu yang bersyukur. Amin ya rabbl alamin.

Aku tidak sempurna, tetapi aku tetap bersyukur kerana aku tidak punya apa-apa kecuali yang Allah berikan. Malah, nafas ini juga milik-Nya.


July 13, 2012

Pack!

Assalamualaikum w.b.t

Sudah sekian lama tidak meng'update' blog ni. Bukan tak nak, tapi tiada kesempatan. Jadual sangat padat. Tidak mengizinkan untuk mencoretkan sesuatu.

Bermula dengan Kursus BTN,
Orientasi Pelajar Baru TESL,
Sambutan Hari Guru Peringkat IPG,
Perkhemahan Unit Pengakap,
Minggu Matematik : Pameran, sukaneka
Inovasi Peringkat IPG

next,
Bengkel 'S Math
Perasmian Penutup Minggu Matematik
Pelancaran tabung Ihya' Ramadhan.

Berikan aku kekuatan Ya Allah.

Selamat malam semua.