Salam.
Okey…nak sambung pasal kisah caket mata.. Semalam dah ke klinik. Akhirnya ada doktor jugak doktor yang bertugas. Tapi lupa pulak nak usha nama dia..yang penting he’s soo nice ;)
Terima kasih jugak pada orang yang paksa dan hantar princess pergi klinik.
Kalau tak, memang TAK NAK pergi check.
Lepas buat pemeriksaan, dapat manyak ubat..hehe~ manyak ke? 4 je pun. Paling kelakar, my rumate gelakkan princess sebab takut nak titikkan ubat dalam mata.
Ambil masa 30 minit jugak la.
Kecian dia, penat menunggu nak tolong titiskan ubat tu.
At last, selepas berhempas pulas berjaya juga titis ke dalam mata ni..
Hehe, malunye..macam budak kecik je. Seyes takot. ;P
Mengada aje lebih kan. Hak3.
Hari ni dah ok. Dah tak takut dah.
Dah boleh letak sendiri. Bukan apa, jarang sangat guna ubat mata.
Lagi satu, ubat ni pahit. Memangla titik dalam mata aje, tapi ubat tu kan cecair...
jadi bila lebihan ubat tu melalui kerongkong, mula la terasa pahit mulut ni.
Amat2 tak suka. Nak cepat baek, jadi terpaksa.huhu.
No comments:
Post a Comment