September 14, 2009

Khas buatmu KAUM HAWA,.

HAWA

Hawa,
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau sudah menjadi ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
Memperjuangkan ad-Din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, usah risau jodohmu,
Ingatlah janji tuhan bahawa wanita yang baik untukn lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki bukan muhrim
Kerana dikhuatiri
Dari mata jatuh ke hati,
Maka lahirlah senyuman,
Tercetuslah salam sekaligus disusuli pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai
Nauzubillah!!

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
Peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu,
Andai ditakdirkan tiada cinta Adam untukmu,
Cukuplah hanya dengan cinta Allah yang memenuhi kekosongan jiwamu,
Biarlah cinta ibu bapamu memberi hangat kebahagiaanmu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga membahagiakanmu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh
Cinta daripada insan yang juga mencintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa selain
daripada cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang menggongcang dunia juga akan menggoncangkan iman lelaki.

Wallahua’lam.
*Semoga article ini dapat menjadi pedoman & panduan buat smua muslimah :)

No comments:

Post a Comment