December 17, 2011

A Gift :)

Salam.

Ok, i'm too excited. Got a birthday present from my beloved mom :) thanks. Janji akan jaga elok-elok. InsyaAllah. Maklumlah anak mak yang sorang ni kasar sikit orangnya. Nampak je lemah-lembut. Hehe, tertipu semunya. Kawan-kawan rapat saja yang tahu betapa kasarnya saya. Kan2? OK, stop merepek.



Terima kasih mak. I need it soo much untuk semester depan. Yang lama da tak boleh pakai dah. Huhu. Poket pun kering da hujung-hujung tahun ni. Nasib dapat yang baru. Thank you soo much mom. :D Apa hadiahnya? ade laa..

Ok, masa untuk minum petang. Got to go.
tq sudi baca. salam.


December 12, 2011

one year older :)

Salam.

Hampir dua bulan meninggalkan dunia blog. Terlalu sibuk dengan pelbagai urusan ; minggu study, minggu peperiksaan akhir, urusan keluarga dan macam-macam lagi la. Lepas tu ditambah pula dengan laptop masuk bengkel pulak. Aduhai. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ujian. Sekarang ni terpaksalah hidup meminjam laptop anak-anak buah. Huhu. Dengan tak malunya,"Maksu pinjam boleh? boleh la ea?" Ehehe, bukan main susah tau nak pinjam. Kena pujuk rayu segala. Macam kena tunggu turn dekat bank. Kena ambil giliran, ok. Baru adil.

Ok2, berbalik pada tajuk entri. Alhamdulillah, semalam usiaku dah pun mengijak 21 :) opps. Tak apalah, tiada rahsia ;) Tua atau muda tu tak penting. Paling penting MATANG! Usia dah meningkat, tapi kematangan tu belum dicapai. :( Bilalah anak mak & abah ni nak sedar, kan? ish2.

Harapan/wishes untuk birthday kali ini, moga dikurniakan takdir yang terbaik dan semoga diberi kekuatan yang menempuhi segala ujian dari-Nya. Amin.

Kepada semua yang telah menghantar ucapan melalui sms, panggilan, facebook, secara langsung dan tidak langsung...terima kasih. Buat family tercinta, kakak-kakak, bonda dan anak-anak buah, terima kasih atas sambutan semalam. Makan besar gitu :) Oklah, got to go.  

Happy 21st Birthday !

p/s: Kepada sesiapa yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Disember ni, Selamat Hari Lahir ya! Moga sentiasa diberkati dan dilindungi oleh-Nya. Insya-Allah. Amin. Untuk blogger yang lahir pada bulan Disember ni, i have something for you. Hanya tinggalkan komen, tarikh lahir dan email pada entri entry ini. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan pada hari lahir kali ini. Terima kasih.

October 31, 2011

mode : mahu study :D

Salam.

Alhamdulillah. Yeay! Malam ni tak hujan lagi setakat ini. Dan keadaan tak sesejuk semalam yang memang rasa macam nak beku. Mahu tertidur kalau nyaman sangat keadaan kat sini. Huhu. Oh tidak ! Saya mahu study! Emm, jap2, study ke? Ehehe. Jap eh. 
Nak tulis-tulis sini dulu. :D


This is one of my textbook : my 'fav' subject.
Murid dan Alam Belajar.
I'm a teacher-to-be. So, memang wajib ambil subjek ni.
Seriously quite boring. Opps. Sorry. That's the truth. 
And that's why my major course is Math, sebab saya tak suka membaca + menghafal.

Dengan ini, saya penuntut tahun 3 (PISMP Sem 2), IPG [which is stand for Institut Pendidikan Guru] nak memulakan sesi ulangkaji. Huahuahua. Final exam dah dekat. Tapi raya lagi dekat. hehe. Raya dulu lah kan. :D 

Tak boleh nak beraya sangat lah tahun ni. Huhu. Boleh aje. Dengan syarat, bertemankan buku-buku. Dah nama duduk kat rumah, sah-sah tak akan sentuh buku. Never. Haha. Liat la sikit. Bukan sikit, tapi banyak. haha.

Ok2, got to go. Buku tu dah memanggil-manggil dah untuk di baca. Dan dalam masa 10 minit kemudian, selamatlah saya ke alam mimpi. Hehe. I mean tertidur. Ok, selamat malam semua. ;)