January 28, 2014

Datang sapu habuk !

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Sudah berganti tahun. Selamat datang 2014! Masih belum terlambat kan. Saya kira, tahun yang paling sibuk, semput. Banyak perkara-perkara besar dirancang untuk tahun ini. Harap semuanya lancar. :)

 Hampir setahun tak berpeluang menempel post di sini. Oh banyak betul cerita tersimpan.  Sempat baca, tak sempat menulis. Itu cuma alasan yang dicipta semata-mata.

Nak buat review sedikitlah apa yang berlaku sepanjang tahun lepas, 2013. Tapi pada post yang akan datang. Tahun yang bermakna. Rasa rugi pulak bila tak dicerita. Biarpun tidak ditatap sesiapa, untuk sendiri sudah memadai. This is my digital diary. Diari alam maya.

Kecik-kecik dulu selalu berangan. Eh, bukan berangan, cuma terlintas satu fikiran di mana takut jikalau satu hari nanti, ingatan yang dipinjam Allah untuk kita ini ditarik balik dan berakhir dengan hilangan ingatan. Nauzubillah. But, who knows kan? Sebagai manusia, rasa macam perlu sentiasa bersedia. Since then, I start to write a blog, my ‘e-diary’.

Setiap yang berlaku, akan berlaku, atau dirancang untuk dilakukan perlu untuk dicatat. Untuk tahun 2013, satu pun belum siap. InshaAllah, sebelum kesibukan 2014 ni, 2013 akan diselesaikan secepat mungkin.

Praktikum Fasa III sudahpun bermula.

Hari ketiga. Kembali ke sekolah seperti biasa. Cuma, kini keadaan berbeza. Normal sebenarnya. Biasalah. Manakan sama setiap sekolah, sedangkan setiap orang murid juga berbeza. InshaAllah, daripada perbezaan ini, ilmu akan cuba ditimba sebanyak mungkin. Sangat-sangat berharap agar semua yang berada di sini sama ada pihak pentadbiran, guru-guru, murid-murid, dan warga sekolah dapat berikan kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang berada di sekolah kali ini.


Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan rakan-rakan. J

July 9, 2013

Ramadhan datang lagi :)

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Alhamdulillah, alhamdulillah, kupanjatkan syukur pada-Mu Illahi kerana mempertemukan lagi aku dengan Ramadhan kali ini. Alhamdulillah.

Ramadhan kali ini pasti lebih menduga diriku. Bermulanya Ramadhan, bermula juga tugasan guru pelatih selama dua bulan di SK Seri Nilam, Kuala Terengganu. InshaaAllah, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya. 

Perempuan, lumrah dengan emosi yang kurang atau tidak pernah stabil, masalah mengawal tekanan diri. Andai talak terletak ditangan beliau, maka setiap saatlah berlakunya perceraian.

Sangat berharap agar Ramadhan ini mengajar jiwa perempuanku untuk lebih sabar dan tenang menghadapi ujian-Nya. Ujian itu mematangkan manusia. Daku pohon agar diberikan kekuatan menghadapinya satu persatu dengan minda yang waras.

Rindunya Ramadhan.
Kini dia dah tiba.
Ayuh solat terawih hari pertama.

Diawalnya rahmat, 
Pertengahannya keampunan,
Diakhirnya pembebasan api neraka.


Salam Ramadhan Kareem
^____^

Selamat berpuasa.
Jangan lupa niat.
Niat setahun terus lagi bagus :)

July 6, 2013

Fuuh, fuhh.

Assalamualaikum w.b.t. ♥

FFuhh fuhh, tiup tiup. Tepuk habuk. Uhuk uhuk. Hachuumm. Bersawang. Bagi yang resdung macam I, cepat cepat ambil kain tutup hidung.

Lama sungguh tak singgah di blog ni. Hampir 5 bulan. :D Sangat sibuk dengan kerja yang entah apa-apa. Lupa kewujudan blog terchenta ni. Tercinta lah sangat sampai boleh terlupa nak update. Hampir lima bulan, jadi memang macam-macam benda nak diceritakan. Oh, tak sabar tak sabar. Tengok atas kerajinan diri ini. Follower pun dah lupa nak singgah barangkali.

Bakal berpraktikum minggu depan. Sudah pasti tak ada masa langsung nak kemaskini belog usang ini.  Yes of course. Masuk je waktu prktikal, terus tak ada life. Jadual pack amat amat sangat *Ok over.  

Just active in stalking people in Fb, simple status in Twitter and double-clicking pictures in Instagram hehe. Itulah kerja paling mudah compared to post status dekat Fb. Kena fikir banyak kali. Bajet bagai nak tulis jurnal ilmiah je.

Ok, got to go. Will update more soon. :)
xoxo publish! *feeling Dian Instanbul Aku Datang