November 25, 2012

Menang Give-A-Way ! Alhamdulillah :)

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali, alhamdulillah, sambutan untuk Contest | Saya sayang kamu, sahabatku ! adalah agak baik. Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk menyertai contest tu. :) Terima kasih juga atas sokongan anda !

Ok, berbalik tajuk entri. Saya menang give-a-way. Ok, saya sangat excited. :) Hehe. Actually, tarikh tutupnya ialah pada 15 November 2012, dan pengumuman pemenang akan dibuat 19 November 2012. Tapi, tunggu punya tunggu, tak ada pengumuman dibuat. Esoknya pun tak ada. Lusa pun sama. So, i decided tak nak check dah. Mungkin dah ada pemenang dan pihak penganjur dan PM pemenang tu privately. And, saya teruskan hidup seperti biasa. [ macamlah hidup sebelum tu luar biasa. :p].

Then hari ni, tiba-tiba rasa nak tengok semula page tu. Scroll lagi dan lagi. Then. Ternampak status yang mengatakan :



Ok, ignored. Sebab dah tak ada peluang. Then, scroll lagi mencari gambar-gambar baru. Maklumlah page tersebut merupakan page berkaitan kraf iaitu seni Quiling. I love craft things. Berjam-jam mengadap hasil seni orang pun tak apa. Tau apa itu quilling? Mr.Google boleh bantu. Panjang cerita kalau nak terangkan.

Lepas tu, tiba-tiba ternampak ini...



Ohoho. Sangat terperanjat. Oh really? Cubit pipi sikit? dush.dush. Ok, ini real. Terima kasih My Quilling Soul atas kesudian pihak anda memilih hasil jawapan saya sebagai pemenang. :D Alhamdulillah, thank you Allah. 

Mungkin ada yang tak berminat, tapi at least, ini adalah percuma. Dan sebagai salah seorang pencinta kraf, I really need those things. :D

Ok, entri ni mencapai tahap keterujaan melampau. Maaf semua. Sekarang ni sibuk memikirkan hadiah untuk contest yang baru bermula ini. Bagi yang belum join, cepat-cepat join. In Shaa Allah, hadiahnya pasti memuaskan. :) My handmade.

Oklah, got to go.
Selamat malam semua.
Terima kasih sudi luangkan masa.

#PrayforGaza


November 24, 2012

My Handmade | Mr.Moustache

Assalamualaikum w.b.t.

Salam 10 Muharram. Selamat berpuasa bagi yang berkesempatan. :)

Saat ini sedang cuba menghabiskan masa sepanjang cuti sekolah dengan benda-benda berfaedah. Jap, jap. Cik EFEO, ni sekolah lagi ke? Tidaklah. I'm a teacher-to-be. Sekolah cuti, jadi cikgu-cikgu dan bakal cikgu pun cuti juga. :D

Ok2, back to bussiness. Nah, di bawah ni one of my custommade pillow. At least, buat benda yang berfaedah jugak kan? Boleh asah kemahiran menjahit. :D

Mini Pillow :) Done !

Tak tau kenapa sekarang ni tengah fenomena fesyen misai-misai segala. Eeeuuw. Pelik pulak bila misai jadi kegilaan.  Tapi, sekali tengok macam cute je. Then terus design jadikan bantal mini ni. Boleh letak sebagai aksesori dalam kereta, ataupun hadiahkan buat yang tersayang. :D

Next, tengah fikirkan design baru. Ummm. New idea pleaseee. hehe. 
Oklah, got to go. Asar prayer. :D

Terima kasih sudi luangkan masa.


November 22, 2012

Kita wajib puasa esok?

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar hari ini? Moga baik-baik sahaja. Kita masih dalam mood bulan Muharram. 
Jadi, Salam Maal Hijrah semua.

Wajib puasa esok? Mana ada wajib. Wajib bulan Ramadhan, puasa ganti dan kalau bernazar. 
Esok puasa sunatlah. Sunat sempena Hari Asyura.

Credit to : Owh So Muslim FB

Hari Asyura semakin hampir iaitu pada setiap 10 Muharram. Jadi, kita disunatkan puasa pada hari tersebut dan hari sebelumnya. 10 Muharram pada tahun ini jatuh pada hari sabtu ini, 24 November 2012. Dan esok, jumaat, 23 November 2012 bersamaan dengan 9 Muharram. Bermakna, sunat untuk kita berpuasa.


"Barang siapa berpuasa pada 9 dan 10 Muharram (Jumaat & Sabtu) itu 
seolah-olah dia telah melakukan ibadah selama 2 tahun, 
dan siapa yang mengingatkan orang lain hal ini 
seolah-olah dia telah melakukan ibadah selama 80 tahun." 
In Shaa Allah :)

Jadi, jom puasa esok! Nak puasa tu jangan lupa niat awal-awal ;)

Nak tahu selanjutnya mengenai bulan Muharram, jom baca entri lepas. Klik sini.

Oklah, terima kasih sudi membaca.
Selamat malam dan selamat berpuasa.

# Pray for Gaza !