August 3, 2012

Bintangku, Kekuatanku ♥

2 OGOS 2012

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-22. Saya doakan agar kamu diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki  dan sentiasa berada di bawah lembayung kerahmatan-Nya. InsyaAllah, amin.

Saya doakan juga semoga dirimu dikurniakan takdir yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan. Moga-moga permulaan dan perubahan yang ingin dilaksanakan itu mendapat redha-Nya. Mudah-mudahan :) 



:: Ya Allah, andai segala yang berlaku ini adalah takdir buat kami, maka Engkau permudahkanlah urusan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui. ::



July 30, 2012

Segalanya IN PROGRESS !

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ramadhan ! Alhamdulillah, sudahpun selesai hari kesepuluh berpuasa. Sesungguhnya pelbagai ujian kuterima.

Segalanya in progress dan belum satu pun yang sudah selesai. Sungguh pening saat memikirkannya.

In progress >>

  1. Tugasan Pembentangan
  2. RPH (Rancangan Pengajaran Harian)
  3. Kuiz
  4. Amali
  5. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
  6. Kerja Kursus ; setiap subjek T_T
  7. Projek KKBI
  8. Sambutan Hari Raya Mahasiswa Besut anjuran GMB
    • Pelaksana sebagai TKP (PIC)
    • Protokol 
  9. Sambutan Hari Raya IPG
    • Kertas Kerja
    • Master Plan
    • PIC untuk keseluruhan perjalanan majlis
    • Hebahan & Publisiti
    • Akitiviti & Persembahan
  10. Karnival Merdeka IPG
    • Kertas Kerja
    • Master Plan
    • PIC untuk keseluruhan perjalanan majlis
  11. Hari Terbuka IPG
    • PIC Aktiviti & Program
    • Pembukaan & Perasmian Penutup
  12. Bina Insan Guru (Pasir Raja)
    • AJK Aktiviti
  13. Ekspedisi Chemerong (Pengakap)
  14. Majlis Kahwin Sepupu
    • Guestbook
    • PIC majlis

MashaAllah, sangat banyak rupanya. Lega sikit lepas senaraikan semua ni. Semuanya akan berlangsung dalam masa yang terdekat antara sebelum, semasa dan selepas raya. Sempat ke? InsyaAllah. Dengan izin-Nya. Kadang-kadang terasa sangat berat beban tu, tetapi dengan sokongan para sahabat dan keluarga, segalanya menjadi lebih baik. Sungguh ku memohan agar diberikan kekuatan untuk meneruskan tugasan dan amanah ini dengan jayanya.

" Jangan diminta hidup yang mudah, tetapi pintalah hati yang tabah 
untuk menghadapinya. "

Sesungguhnya juga, kesusahan itu membuatkan kita belajar sesuatu darinya sebab 'everything happens for a reason'.

Selamat malam & Salam Ramadhan :)



July 28, 2012

Future Zauj :)


Assalamualaikum w.b.t

To my future Zauj,

Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu. 
Bukan juga paras rupa yang ku pandang, bukan harta benda atau material yang kuinginkan, 
bukan nama jua pangkat yang kubanggakan, tetapi cukuplah engkau mempunyai ilmu, 
iman, agama dan kesetiaan yang teguh di hatimu. 
Apalah gunanya diri disayangi andai jauh dari rahmatnya. 

:) Mood nak kahwin je kebelakangan ni. Mungkin sebab lately asyik tengok ramai blogger-blogger dan celebriti yang mendirikan rumah tangga. Aigoo. 

Andai dia pemilik tulang rusuk ini, kau permudahkanlah segalanya buat kami. Amin.