Assalamualaikum w.b.t. ♥
Lima tahun bertungkus lumus belajar nak jadi cikgu, lima tahun tu jugak roommate tercinta menjadi peneman setia. Permulaan perkenalan yang penuh misteri dan tanda tanya. I'm one of the second intake student. Sebelum ni berada UiTM Puncak Alam, dan mungkin jodoh kami untuk bertemu, I'm back to Terengganu, belajar di negeri sendiri. Dekat sinilah saya jumpa dia.
Kehidupan waktu orientasi, sangat seksa. Tapi quite okay compared to first intake student hari tu kata mereka mereka. Fuhh. Makan 2 minit. Jalan 2 minit. Mahu tercekik, semput segala. Buat kesilapan je kena maki, kena pikul bantal keliling kampus, kepit bata ke hulu ke hilir. Oh, mimpi ngeri. Tapi tak pernah kena sebab kononnya baik. Heh.
Masa tu, jam 5 pagi dah kena keluar bilik. Malam pulak balik bilik jam 1 pagi. Bila lah masanya nak jumpa roommate. Balik bilik je dia dah tertidur. One thing about her masa tu, tidur mesti tarik selimut sampai dada, lepas tu ambil tuala muka tutup mata sampai hidung. Can you imagine, selama seminggu, **lima hari kot, haa, ai tak tau siapa rumate ai tu. Nak cam muka macam mana kalau bertutup semua. Nampak kawasan mulut je. Tapi yang jadi penyelemat masa tu, dia ada tahi lalat manis sebelah kanan bibir mulus. Haa, thats the only thing and the only way yang ai boleh pakai untuk cari dan cam dia bila terjumpa.
Kami sekelas. Dalam waktu orientasi tu, kami ditempatkan dikelas mengikut kursus masing masing. And ai dapat tau, roommate pun dari kursus yang sama dan kami sekelas. Masa tu, jumlah semua dalam 20 orang. Kebetulan pulak, perempuan yang bertahi lalat manis ada 3 orang dalam kelas kami. oh emm gee. Macam mana nak cam ni. Aigoo. I don't remember the scene. Tapi yang pasti, pertemuan tu sangat lucu. Main teka teki. Tikam terus dapat. So, Hai, awak!
My first impression sebelum betul-betul kenal insan ni, semuanya nampak skema fullstop! Ok, sorry rumate. Hehe. Itulah pandangan jujur buat pertama kalinya. Everything was so neat and tidy, nude in color.. hohoho. Too contrast with my pinky stuff and bla bla bla. Dapat roommate skema adalah nightmare. O_o. Tapi masa tu je lah. For now, she's still schema, but only for certain thing. Bukan skema, tapi komitmen tinggi terhadap sesuatu yang ditugaskan. Bagus, bagus. Dia dah berubah. Because of me? Mungkin jugak ada terpengaruh dengan perangai gila gila ai ni haa. I'm so sorry kat Mama Sofiah dan Ayah Ismail sebab buat anak pakcik makcik macam ni. Ada lima bulan lagi nak usik dan pengaruhi dia. Lepas ni tak de dah. Janji, tak buat dah. :D
Dia lebih muda, tapi nampak lebih matang. Dan memang matang pun. Compared to me yang nampak matang, tapi sangatlah tidak. Sesiapa yang mengenali sangatlah setuju about this matter. Uolls tau kan siapa roommate kesayangan beta ni kan? Nah KLIK SINI kalau nak berkenalan.
Ai sayang you ketat ketat. I love you so much, till Jannah, inshaAllah.
Happy Belated Birthday, 23rd and a month.
Ucapan ;
#Moga sama sama grad dengan cemerlang
#Sentiasa diberikan kesihatan yang baik
#Cepat berjodoh, kahwin, dapat anak cecomels
#Sihat, kaya, berjaya, solehah
#Ai know you can do better. Better than me.
Pssst : Hadiah nanti ai kasi you. Wait ya.
Banyak sangat nak cerita. Bayangkan semua cerita 5 tahun ni nak compress dalam satu entri. **Oh, over sangat tuh. Ok ok, stop. Sambung tidur jap. Demam tak baik lagi.
Till then, xoxo!